Friday 7 October 2011

Akhlak Islamiyah..


 Aku nak kongsi sket pasal mukaddimah ceramah kt KKTDI (7/10/2011)~

           Daripada duduk saja- saja n tak tau apa nak buat nie,  moh kita pikiaq.. kenapa Allah turunkan Islam di Tanah Arab? Mengapa tidak di Roma, China atau Asia Tenggara? ikut logik lah ekh, kerajaan Rom paling gah, paling kuat, glamour, popular dan lain- lain yang menunjukkan betapa hebatnya kerajaan Rom pada masa itu...sedangkan Tanah Arab dihuni oleh masyarakat yang jahil, kuno dan keterbelakang teknologinya jika dibandingkan dengan masyarakat di negara lain.. Sehinggakan zaman tersebut dikenali sebagai zaman Jahiliyah..konfem- konfem tak ada orang nak jajah tanah Arab masa tu kan..? Tetapi di situ lah Allah turunkan satu-satunya agama yang boleh menjamin kita ke Syurga kelak.. hurmmm...Mengapa ya?

           Ayuh kita investigate!~ Bangsa arab memang sedikit terbelakang secara teknologi dibandingkan peradaban lainnya pd masa yang sama. Mereka hidup di gurun pasir yang masih murni dengan menghirup udara segar. Maka berbeda dengan moralitas maknawiyah bangsa lain yang sudah semakin terkotori oleh budaya kota, maka bangsa arab hidup dengan kemurnian nilai kemanusiaan yang masih asli.

            Maka sifat jujur, amanah, saling menghormati dan keadilan adalah ciri mendasar dari watak bangsa yang hidup dekat dengan alam. Sesuatu yang telah sulit didapat dari bangsa lain yang hidup di tengah hiruk pikuk kota.

            Sebagai contoh mudah, bangsa Arab punya akhlaq mulia sebagai penerima tamu. Pelayanan kepada seorang tamu yang meski belum dikenal merupakan bagian dari harga diri seorang arab sejati. Pantang bagi mereka menyia-nyiakan tamu yang datang. Kalau perlu semua persediaan makan yang mereka miliki pun diberikan kepada tamu. Pantang bagi bangsa arab menolak permintaan orang yang kesusahan. Mereka amat menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan yang paling dasar.

             Ada suatu kisah yang mana seorang Arab telah menumpangkan seorang tetamu di rumahnya. Masuk hari ketiga tetamu tu bermalam di rumahnya, tuan rumah bertanya.."demo nie namo gapo benar? mari mano?" (Arab versi Klate) haha..dahsyatkan tuan- tuan.. boleh pulak tumpangkan orang bermalam di rumah sedang tak tahu asal usul dia.. kita bleh ke wat camtu? memang TAKKK lah kan? nak tegur pon payah, apatah lagi nak tumpangkan kt umah..kalau saya lah..memang macam- macam persoalan di fikiran timbul..moh kite siasat apa kebarangkalian yg bermain dlm otak kita..Antaranya:

Otak 1:

  • "ape hal plok natang nih maghi umoh aku? nok ghopok aku ke? baik aku hambak kelik jah..oghang gini dokleh caye lasong, tengok muke pon tahu doh..huh, berat nanang..tibo-tibo maghi nok nupe umoh oghe..!!!

Otak 2:

  • "demo sapo!? tibo- tibo maghi umoh kawe..mesti demo ado niat tok baik dop? doh! doh! shuh! g maen jauh!!!"

Otak 3:

  • "lu sape tibe-tibe muncul nie? apa?? lu mau wa diam ka? lu kasi wa mati dulu la baru wa diam!! sebelum wa seennngaatttt lu baik lu blah!"

Aku takde kena-mengena ngan semua kat atas tu ya..harap maklum (^_^). Moral di sini ialah tidak rugi kalau kita hormati tetamu. Tunjukkanlah akhllak kita sebagai seorang Muslim..sabda Rasulullah S.A.W:

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِ ن بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

            Akhlak itu lebih penting jika dibandingkan dengan kuasa, pangkat atau darjat..Jika pangkat besar, perlukah kita bongkak, angkuh, riak dan berlagak? mana yang korang pilih antara orang miskin yang berakhlak atau orang kaya yang angkuh? Walau sebijak manapun kita.INGAT! ilmu kita ibarat air yang menitik dari hujung jari bila diangkat dr air selautan yang luas.. renung- renungkan dan selamat beramal..~Wallahu'alam~

*Kak Jahh: Jangan renung je..tolong amalkan okey?
*Aku : betul..betul..betul..

P/S: Yang pasal Jahiliyah tu len kali guwa post..

Friday 12 August 2011

Setan Kena Rantai Bulan Pose! BETUL KE???


Memang kebiasaannya kita dengar bila tiba je bulan Ramadhan semua syaitan kena ikat, kena rantai, kena kurung, kena gari, kena kidnap,  kena itu kena ini dan kena macam2 lagi. Tapi betul ke semua ni? kalau betul kenape ada lagi yang terjumpa hantu walaupon dalam bulan Ramadhan? kenapa masih banyak jenayah berlaku di kawasan sekeliling kita? kenapa masih ada perempuan yang x tutup aurat kt bazar2 Ramadhan (paling jelas boleh nampak)? maksiat berlaku dimana- mana.. kenapa Oh mengapa? Di sini segalanya akan terbongkar MUAHAHAHA... Ops, kejap2! jgn buat muka cuak lagi, baca dulu ya..x seram pon.

Erti ‘Syaitan dirantai’ di bulan Ramadhan
Add caption

Isu ‘syaitan diikat atau dirantai’ di bulan Ramadhan adalah di antara perkara yang telah diketahui oleh kebanyakan umat Islam. Asas kepada maklumat ini ialah sabda Rasulullah Alaihis Salatuwassalam :

إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ
Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pula dirantai.

(H.R Bukhari, Tirmizi, Nasa`iy, Malik dll)
Namun, apakah erti ‘syaitan dirantai’?
Adakah maksiat dan kejahatan menjadi sifar di bulan Ramadhan?
Jika syaitan dirantai, mengapa ahli-ahli maksiat dan kejahatan masih wujud di bulan yang mulia ini?
Di sini dinukilkan beberapa pandangan dari ulama-ulama hadith berkaitan maksud ‘syaitan dirantai’ di bulan Ramadhan.
Pandangan 1 :
Maksud syaitan diikat ialah hanya ketua syaitan-syaitan yang ditangkap dan dirantai di bulan Ramadhan ini. Dengan kata lain, syaitan-syaitan kecil @ syaitan prebet masih dibiarkan bebas. Sementara syaitan otai berpangkat jeneral terpaksa meringkuk di dalam penjara Allah s.w.t.


Asas pandangan ini ialah sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Nasa`iy, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan lain-lain.
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ
Apabila masuk malam pertama bulan Ramadhan, maka syaitan-syaitan dan jin-jin yang degil (kuat) dirantai dan diikat.
Bahkan, versi hadith riwayat Imam Nasa`iy, Ahmad dan lain-lain ada menjelaskan :
وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ
Dan diikatkan syaitan-syaitan yang kuat dan degil di bulan Ramadhan.
Justeru, hadith ini lebih mendetilkan maksud syaitan yang dirantai secara lebih spesifik. Ianya tidaklah semua. Tetapi hanya syaitan yang punya kreativiti hebat dan berpengalaman luas dalam menyesatkan anak Adam sahaja yang ditahan.
Pandangan 2:
Pandangan ini mentakwilkan ‘ikatan’ atau ‘rantaian’ ke atas syaitan itu secara kinayah atau majaz.
Ia boleh dilihat daripada kata-kata ulama yang dipetik dari kitab Fat-hu al-Bari.
وَتَصْفِيد الشَّيَاطِين عِبَارَة عَنْ تَعْجِيزِهِمْ عَنْ الْإِغْوَاءِ وَتَزْيِين الشَّهَوَات
Merantai syaitan (di bulan Ramadhan) memberi erti melemahkan mereka dari menyesatkan manusia dan dari membantu syahwat (dalam kerja-kerja melalaikan insan).
Kata-kata ini disokong `Iyadh r.a.
وَأَنَّ الشَّيَاطِينَ يَقِلُّ إِغْوَاؤُهُمْ فَيَصِيرُونَ كَالْمُصَفَّدِينَ
Sesungguhnya syaitan kurang mampu menyesatkan insan (di bulan Ramadhan). Maka keadaan ini menjadikan mereka seolah-solah seperti dirantai.
Kesimpulan pandangan kedua ini ialah tiada syaitan yang dirantai di dalam ‘lokap’ Allah. Hanya yang dikunci ialah sebahagian kekuatan dan kemampuan mereka. Mereka menjadi lemah dan ‘kurang cergas’ dalam usaha melemahkan iman insan. Justeru hal ini ‘sepatutnya’ membantu golongan beriman untuk memeriahkan Ramadhan dengan pelbagai ibadah.
Maksiat berkurangan di bulan Ramadhan?
Sekalipun ketua-ketua syaitan telah diikat atau kekuatan mereka telah dilemahkan, namun ia tidak menjamin maksiat menjadi sifar atau mengurangkan statistik maksiat di bulan Ramadhan.

Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa maksiat hanya berkurangan kepada mereka yang melaksanakan puasa dengan konsepnya yang sebenar, iaitu puasa yang bukan sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi juga memelihara adab-adab berpuasa pada anggota yang lain.
Maksiat masih berpeluang berleluasa di bulan Ramadhan. Ini kerana tidak semua individu muslim dapat menghayati serta memahami konsep puasa yang sebenar.
Bahkan tidak semua maksiat itu berpunca dari syaitan. Antara lain punca berlakunya maksiat ialah akhlak dan kebiasaan buruk yang sudah sebati dengan jiwa seseorang serta sikap mazmumah yang sudah lama tertanam dalam hati manusia.
(Ruj . Fathu al-Bari, Jil. 6, MS 136)
Selain itu, maksiat juga boleh meningkat akibat kempen dan usaha gigih syaitan-syaitan di kalangan manusia.
Allah mengingatkan kita tentang golongan syaitan bertopengkan manusia ini.
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ
(Syaitan itu) adalah di kalangan jin dan manusia

An-Nas : 6

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).
Al-An`am : 112
Justeru, semua manusia yang terlibat dalam memesongkankan orang lain dengan idea-idea sesat, berkempen maksiat dalam media elektronik dan cetak, mengajak rakan-rakan meninggalkan ketaatan dan menggalakkan manusia berkelakuan buruk, semuanya itu dikategorikan dalam golongan syaitan manusia.
Kerosakan iman dan akhlak yang serius
Dari sudut yang lain, ketiadaan ketua-ketua syaitan atau kelemahan mereka di bulan yang mulia ini adalah menjadi kayu pengukur dalam menilai iman dan akhlak insan.
Jika dalam 30 hari yang mulia ini seseorang itu masih terus berdegil dan terlibat dengan perkara-perkara dosa dan haram, serta tiada reformasi qalbi dan islah imani, maka ia jelas menunjukkan tahap kelemahan iman yang serius serta krisis moral yang sangat dahsyat.
Di saat hanya syaitan-syaitan amatur serta kurang mahir dan pengalaman meneruskan kerja-kerja menyesatkan insan, ada yang masih mudah ditipu dan disesatkan.
Insan lemah ini masih ‘kemetot’ (komited) memakan rasuah, mendedah aurat, bercakap lucah, mendekati zina, menipu dalam berkata-kata dan sebagainya.
Umpama seorang dewasa dengan mudah ditipu oleh budak kecil yang baru petah bercakap. Sungguh aneh dan betapa lemahnya orang ini.
“Apalah punya lemah dan dungunya orang ni, dengan budak kecil pun boleh ditipu!”
Dengan kata lain, maksiat yang masih gagal dihentikan dalam bulan Ramadhan melambangkan kedegilan pelakunya serta menunjukkan betapa fitrahnya telah dicemari secara total.
Golongan ini harus cepar sedar biar tidak terlambat.
Jibril mendoakan agar golongan ini dijauhkan dari rahmat Allah. Doa ini telah diaminkan oleh Rasulullah Alaihis Solatuwassalam.
بَعُدَ مَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَقُلْتُ: آمِينَ
Semoga semakin jauh seseorang itu dari rahmat Allah, jika ia bertemu Ramadhan namun ia masih tidak mendapat pengampunan daripada Allah. Maka aku menjawab : "Amin!"

(H.R Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tabrani dll)
Ianya satu permintaan yang sesuai dengan kedegilan dan kehendak golongan ini.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
"RAMADHAN MASIH MUDA GANDAKAN IBADATMU"

Monday 4 April 2011

langkah pertama

assalamualaikum.

ahlan wa sahlan dan selamat datang ke blog Aero.
dah nama macam tu, sah2 la untuk pelajar aero uthm,  ye dop? :)
kami pelajar aero juga mempunyai kelab di facebook.
disebabkan fb typing space untuk post sangat la limited,
jadi kami bercadang untuk membuat satu blog, 
khas untuk meng-update apa2 program atau aktiviti yang kami lalui. 

idea asal dari en. iqbalhakimi,dan salemaziz dengan tujuan semua pelajar jurusan aeronautik UTHM batch 1 dapat menjadi admin blog ini. 

besar kan harapan tu hehe.. :)

setakat ini posting untuk belog ini masih dalam perbincangan. 
gaya bahasa mungkin akan ditetapkan sebab kalau casual sangat mungkin memanjang short form saja.
mungkin juga orang2 atasan seperti pensyarah akan berkunjung ke blog ini. 
tengoklah macam mana.. kita ikut suara majoriti :)

jadi, sampai sini saja tulisan saya. 

wasalam.